Pages

Sunday, April 17, 2011

Janji Membeli Dalam Murabahah

Antara perkara yang diperdebatkan dikalangan fuqaha' tentang amalan 'janji membeli' dalam transaksi Murabahah yang dillaksanakan. Tujuan utama pihak institusi kewangan menetapkan amalan tersebut bagi mengelakkan kerugian akibat daripada pembelian aset atau barangan yang seterusnya tidak dapat dijual. 

Untuk itu, pihak institusi kewangan menetapkan kepada setiap pelanggan untuk menandatangani satu perjanjian 'untuk membeli aset atau barangan' yang telah dibeli oleh pihaknya daripada vendor. Perjanjian tersebut adalah bersifat 'unilateral', yang mengikat hanya dipihak pembeli bukannya pihak institusi kewangan.

Persoalan yang ditimbulkan, apakah perjanjian yang bersifat 'unilateral' ini dapat dikuatkuasakan daripada perspektif Shariah. Secara umumnya, ia boleh dikatakan tidak boleh dikuatkuasakan. Untuk itu, kita akan menelusuri beberapa pandangan fuqaha' berhubung perkara ini.

Menurut pandangan Imam Abu Hanifah, Imam as-Syafi', Imam Ahmad dan sesetengah fuqaha' Maliki, bahawa melaksanakan janji adalah satu amalan yang baik dan digalakkan. Namun, iainya bukan satu perkara yang wajib dan dikuatkuasa di peringkat mahkamah. Walaubagaimanapun, kebanyakan fuqaha' Hanafi, Maliki dan Syafi' tidak menerima pandangan ini.

Terdapat sebahagian daripada fuqaha' berpandangan melaksanakan janji adalah perkara yang wajib dan boleh dikuatkuasakan secara perundangan. Antara yang bersetuju dengan pandangan ini adalah Samurah bin Jundub, Umar bin Abdul Aziz, Hasan al-Basari, Sa'id al-Ashwa', Ishaq bin Rahwaih dan Imam al-Bukhari. Begitu juga sebagagian fuqaha' Maliki, Ibn al-Arabi dan al-Ghazali yang mengatakan ia bersifat terikat, sekiranya ia dibuat dalam terma yang jelas.

Sebahagian daripada fuqaha' Maliki berpandangan bahawa dalam keadaan normal ia dianggap tidak terikat. Namun, jika perlanggaran perjanjian melibatkan kerugian dan kerosakan, ia akan bersiafat terikat dan dapat dikutkuasakan secara perundangan.

Sehubungan dengan itu, 'Islamic Fiqh Academy' dalam sesi 1-8, keputusan ke-2 dan 3 telah menetapkan janji dalam transaksi komersial adalah bersifat terikat. Namun, ia berdasarkan kepada beberapa perkara berikut:

  • Ia adalah janji bersifat sebelah pihak
  • Janji tersebut mesti mempunyai implikasi kerugian ataupun liabiliti kepada pihak yang dijanjikan
  • Sekiranya janji untuk membeli sesuatu aset atau barangan, transaksi jual beli mesti berlaku pada masa yang telah ditetapkan (penawaran dan penerimaan).
  • Jika pihak yang berjanji tidak melaksanakan janji tersebut, pihak mahkamah berhak menguatkuasakan agar dia membeli aset atau barangan tersebut atau membayar nilai ganti rugi sebenar kepada pihak penjual. 

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host