Hamish Jidiyyah merujuk kepada sejumlah wang pendahuluan yang diminta oleh penjual daripada pembeli untuk memastikan pembeli benar-benar serius dalam transaksi tersebut.
Dalam situasi janji yang terikat (binding promise), pihak penjual berhak menggunakan wang perdahuluan tersebut bagi menampung kerugian yang timbul akibat pembeli tidak meneruskan pemebelian barangan yang telah dipersetujui.
Namun, dalam situasi janji yang tidak terikat (non-binding promise), pihak penjual mesti menggembalikan wang pendahuluan tersebut sekiranya pihak pembeli tidak meneruskan pembelian barangan yang telah dipersetujui.
Nilai kerugian ditentukan berdasarkan beza harga antara yang belian pelanggan dengan harga jualan (pasaran) ketika pelanggan tersebut mungkir untuk meneruskan pembelian.
Sekiranya, jumlah kerugian melebihi atau sama dengan jumlah hamish jidiyyah, pihak penjual berhak mengambil ke semua wang tersebut. Namun, jika kerugian kurang, pembeli boleh menyatakan persetujuan untuk menyalurkan lebihan hamish jidiyyah tersebut kepada badan-badan kebajikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment