Pages

Saturday, April 30, 2011

Bermusafir Dengan Harta Yang Diamanahkan

Para fuqaha' berselisih pandangan dalam keadaan pemegang amanah membawa bersama harta di bawah jagaannya ketika bermusafir.

Berikut adalah pandangan:
  • Abu Hanifah berpandangan bahawa pemegang amanah berhak bermusafir dengan membawa bersama harta di bawah jagaannya dengan syarat tidak larangan secara jelas daripada pemilik dan situasi perjalanan yang dilihat selamat daripada rompakan, kecurian atau apa jua tindakan yang tidak disengajakan yang boleh menyebabkan kerosakan atau kerugian kepada harta tersebut. Juga tidak hak sempadan geografi. Pemegang amanah bebas bermusafir ke mana sekalipun selagi mana tidak dinyatakan secara jelas oleh pemilik. Sungguhpun, dalam situasi biasa pemegang amanah tidak perlu menanggung sebarang liabiliti jika barang tersebut mengalami kerosokan atau kerugian. Namun, pemegang amanah perlu mengambil langkah 'berjaga-jaga' dengan sebaik mungkin untuk memastikan  harta di bawah jagaannya selamat.
  • Maliki berpandangan, pemegang amanah tidak mempunyai hak untuk bermusafir dengan membawa bersama harta di bawah jagaannya, kecuali harta tersebut diamanahkan ketika dalam musafir. Oleh itu, dalam situasi biasa, dia perlu menyimpan harta tersebut di tempat yang sama di mana amanah diberikan. Jika dia ingin bermusafir, harta tersebut boleh diamanahkan kepada pihak ketiga yang boleh dipercayai. Sekiranya, harta tersebut mengalami kerosakan atau kerugian, pemegang amanah tidak mempunyai sebarang liabiliti.
  • Shafie dan Hanbali sejajar dengan pandangan Maliki. Jika pemegang amanah ingin bermusafir, harta di bawah jagaannya perlu dikembalikan kepada pemilik atau wakil yang sah dan layak dari segi perundangan. Jika pemegang amanah bermusafir juga bersama harta tersebut, segala kerosakan atau kerugian adalah di bawah liabilitinya.
Berkenaan dengan menyerahkan harta jagaan kepada pihak ketiga yang dipercayai, ia pada asasnya tidak boleh dilakukan kecuali dengan alasan yang kukuh dan wajar.

Dalam hal ini, mengikut pandangan Abu Hanifah dan Maliki, tiada halangan untuk menyerahkan harta tersebut kepada ahli keluarga terdekat dan mereka juga tidak mempunyai sebarang liabiliti sebagaimana pemegang amanah yang pertama kecuali ada unsur-unsur kecuaian dan salah laku.

Dalam situasi lain, jika ada ketetapan yang jelas daripada pemilik bahawa pemegang amanah hanya boleh menyimpan hartanya di tempat tertentu sahaja, maka pemegang perlu menanggung sebarang liabiliti sekiranya dia menyimpan di tempat selain daripada tempat yang telah dinyatakan oleh pemiliknya.

Namun, ada pandangan yang mengatakan, sekiranya tempat yang disimpan itu lebih selamat, maka pemegang amanah tidak berhak menanggung sebarang liabiliti, jika harta tersebut mengamali kerosakan.

Walaubagaimanapun, untuk menggelakkan daripada sebarang pertelingkahan diantara pemilik dan pemegang amanah, harta tersebut sewajarnya disimpan di tempat sebagaimana yang dinyatakan oleh pemiliknya.

Sekiranya dalam sesetengah keadaan, pemegang amanah mencampuradukkan hartanya dengan harta yang diamanahkan. Hukum asasnya ia mesti diasingkan secara jelas. Ini penting untuk menggelakkan sebarang pertelingkahan dikemudian hari.

Namun, jika harta tersebut dicampuradukkan dan tidak merubah keadaan keadaan asal harta tersebut serta wujud mekanisma yang 'reliable' untuk mengasingkannya semula seperti keadaan asal, maka ia dibolehkan.

Ini bermakna secara 'rule of thumb'nya, sebahagian besar fuqaha'berpandangan bahawa bermusafir dengan membawa harta di bawah jagaan bersama adalah tidak dibenarkan. 

Namun, dalam konteks hari ini, sekiranya ada jaminan tentang keselamatan harta tersebut daripada sebarang kerosakan ataupun kerugian melalui pelbagai pendekatan teknologi dan sistem kemudahan yang baik, maka ia dibolehkan.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host