Kali ini kita panjangkan perbincangan berkenaan dengan structured call warrant yang terdapat dalam pasaran modal konvensional. Ia merupakan salah satu produk option selain daripada structured put warrant & over-the-counter.
Secara umum, option didefinisikan sebagai satu kontrak di antara dua pihak, yang mana satu pihak (pembeli) mempunyai hak tanpa tangunggan untuk membeli ataupun menjual barang pada harga tertentu, iaitu pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan daripada pihak kedua (penjual).
Pembeli produk option dikehendaki membayar premium kepada penjual sebagaimana yang telah dipersetujui. Bayaran premium ini akan hangus sekiranya pembeli tidak berhasrat untuk menunaikan haknya, iaitu untuk membeli barang yang telah dipersetujui ketika membeli produk option.
Berbalik kepada structured call warrant. Ia merupakan produk option yang memberi hak tetapi bukan tanggungan kepada pembeli untuk membeli saham tertentu, pada harga tertentu dan pada atau tarikh sebelum yang telah ditetapkan.
Di Bursa Saham Malaysia, saham structured call warrant biasanya ditandakan dengan simbol seperti berikut:
i) Structured call warrant untuk saham Maybank - ditandakan sebagai Maybank-cc
ii) Structured call warrant untuk saham Proton - ditandakan sebagai Proton-ca
iii)Structured call warrant untuk saham Cimb - ditandaakan sebagai Cimb-cb
Pada peringkat permulaan, penjual structured call warrant adalah bank-bank pelaburan. Contoh bank-bank pelaburan yang terdapat di Malaysia adalah seperti berikut:
i) AmInvestment Bank Berhad
ii) Cimb Investment Bank Berhad
iii) OSK Investment Bank Berhad
Contoh transaksi adalah seperti berikut:
Katakan 25-Jan-2011, Bank Pelaburan Kajang Berhad telah menjual structured call warrant untuk saham Plus pada harga RM1.10 seunit. Harga saham Plus yang akan dijual sekiranya pembeli ingin menunaikan haknya untuk membeli saham tersebut pada atau sebelum 25-Jan-2012 iaitu RM5.50 seunit. Sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak bank tersebut, setiap unit structured call warrant Plus yang dibeli, pihak pembeli diberikan hak untuk membeli 2 unit saham Plus.
En.Rahman telah membeli 10,000 unit structured call warrant untuk saham plus dan dia telah membayar RM11,100 kepada pihak Bank Pelaburan Kajang sebagai premium. Jumlah RM11,000 tersebut merupakan harga structured call warrant untuk saham Plus iaitu RM1.10 X kuantiti structured call warrant untuk saham Plus yang dibeli, iaitu 10,000 unit.
Katakan, pada atau sebelum 25-Jan-2012 harga saham Plus telah melonjak sebanyak RM1 daripada RM5.50 sesaham. Maka, En. Rahmat berhasrat untuk menunaikan haknya sebagaimana yang telah ditetapkan sebelum ini. Dalam hal ini, beliau berhak membeli 20,000 unit saham Plus pada harga RM5.50 sesaham. Dan, pihak Bank Pelaburan Kajang dimestikan menjual sejumlah saham tersebut pada harga RM5.50 sesaham kepada En. Rahman. Bagi pihak En. Rahman pula, beliau perlu melangsaikan harga 20,000 saham Plus yang dibeli itu kepada Bank Pelaburan Kajang, iaitu sebanyak RM110,000.
Memandangkan harga saham Plus telah melonjak kepada RM6.50 sesaham, En. Rahman telah berhasrat menjual kesemua sahamnya yang dibeli pada harga RM5.50 sesaham. Hasilnya, beliau menjana keuntungan kasar sebanyak RM20,000. Keuntungan bersih yang diperolehi adalah setelah ditolak RM11,100 iaitu jumlah premium yang dibayar ketika membeli structured call warrant untuk saham plus sebelum ini.
Namun, sekiranya En.Rahman tidak berhasrat melaksanakan haknya untuk membeli saham tersebut ekoran kejatuhan teruk harganya, iaitu daripada RM5.50 kepada RM3.50 sesaham. Maka, jumlah RM11,000 premium yang dibayar sebelum ini akan hangus begitu saja.
Ini bermakna, jumlah maksimum kerugian yang akan ditanggung oleh setiap pembeli structured call warrant hanyalah setakat jumlah premium yang dibayar. Namun, tiada hak maksimum dalam keuntungan.
Nota: Angka yang dinyatakan di atas adalah dengan anggapan tiada kos-kos lain seperti yuran broker, duti stamp dan yuran pemprosessan dll.
No comments:
Post a Comment