Pages

Saturday, November 5, 2016

Bebas Bersama Serigala

Pasaran seharusnya bebas sifatnya tanpa perlu wujud campur tangan penguasa/kerajaan. Namun, apabila mengambil kira fitrah ketamakan, kerakusan dan penyebab kepada kerosakan yang ada dalam diri manusia. 

Maka, kebebasan pasaran perlu ada batas dan sempadannya melalui regulasi dan kawalan tertentu oleh penguasa/kerajaan. Agar, ia tidak menjadi medan kezaliman dengan mengambil hak orang lain secara tidak sah melalui jalan manipulasi, sabotaj, penipuan, penyeludupan, monopoli, rasuah dsbnya.

Cuma yang menjadi persoalan besar kepada kebebasan pasaran, apabila penguasa/kerajaan dijadikan umpama belantara hak milik khusus oleh segelintir "sang serigala" yang hanya mahu menguasai sebanyak mungkin khazanah yang ada dalam pasaran dengan jalan pintas, mudah dan kos yang minimum. 

Akhirnya, fitrah ketamakan, kerakusan dan penyebab kepada kerosakan yang ada dalam diri manusia tanpa "kita sedari" terus kekal menjadi sebahagian daripada gerak laku pasaran bebas.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host