Pages

Friday, November 13, 2015

YaPEIM - Ketelusan Perlu



Islam memandang tinggi soal ketelusan dalam melaksanakan amanah lebih-lebih lagi yang melibatkan wang ringgit. Apatah lagi, jika dana tersebut dikaitkan dengan pengurusan secara patuh shariah kerana 'harapan' mereka cukup tinggi bertepatan dengan kedudukan Islam itu sendiri yang sempurna dan menyempurnakan.

Hikmahnya agar tidak timbul salah faham dan perbalahan di kemudian hari. Sebab itu, melantik 'orang politik' sebagai antara pemegang amanah sesebuah, agensi, pertubuhan atau yayasan yang menjaga dan mengurus khazanah rakyat merupakan satu tindakan yang cukup berisiko.

Kisah YaPEIM perlu diambil iktibar agar 'satu kelompok' tidak menerima tempias yang sama terutama dari sudut persepsi dan keyakinan masyarakat untuk terus berinfaq kepada ummah. Dan, apa yang lebih penting adalah memperbaiki mana-mana kelemahan yang sedia ada agar 'risiko fitnah' cukup minimum pada masa akan datang. 

Justeru, pengukuhan "corporate governance" antara langkah yang perlu diambil sebagai mitigasi.
Ini juga penting untuk memastikan 'kredibiliti' institusi Islam terus kekal dikalangan musuh-musuh Islam dan kalangan munafik yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menjatuhkan Islam secara 'well structured'.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host