Pages

Thursday, April 24, 2014

Goods and Services Tax (GST)

Asasnya, perlaksanaan GST berupaya meningkatkan kecekapan dan ketelusan proses pungutan cukai yang seterusnya akan memberikan impak positif kepada kantung kerajaan berbanding dengan sistem yang sedia ada yang dianggap kurang efektif dan wujud ruang ketirisan yang sukar dikawal. Secara idealnya, peningkatan kantung kerajaan akan meningkatkan prestasi ekonomi Negara dan kesejahteraan hidup rakyat kebanyakan makin terbela.

Namun, situasi tersebut tidak akan berlaku sekiranya perlaksanaan GST tidak seiiringan dengan penambahbaikan daripada sudut strategi dan kaedah pengagihan semula kepada rakyat yang sejak sekian lama dilihat tidak telus, wujudnya ketirisan dan pembaziran di pelbagai peringkat. Jika ini terus kekal, perlaksanaan GST hanya akan mengundang musibah yang lebih rumit kepada Negara dan rakyat akibat perjalanan ekonomi Negara yang pinacang umpama sepasang kaki yang tidak sama panjangnya. Akhirnya, hanya sebahagian kecil rakyat yang mendapat manafaat daripada perlaksanaan GST. Manakala, sebahagian besar rakyat hidup ibarat kais bulan makan bulan akan terus berdepan dengan situasi antaranya:

1) Kenaikan harga yang tidak setara dengan peningkatan pendapatan/gaji bulanan.
2) Kejatuhan kuasa beli akibat kenaikan harga yang mendadak secara berterusan sehingga pendapatan/gaji yang diperolehi menjadi terlalu kecil.
3) Kelembapan pasaran yang akan mengundang peningkatan tahap pengangguran Negara .
4) Kejatuhan jumlah simpanan yang seterusnya akan meningkatkan kadar bunga pinjaman akibat kekurangan sumber dana diperingkat bank/institusi kewangan dan tahap keupayaan kredit peminjam.
5) Peningkatan kos operasi/pelaburan/ perniagaan akibat daripada peningkatan kadar bunga pinjaman oleh pihak bank dan institusi kewangan.

Saya harapkan apa jua keputusan dan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan tidak hanya memanafaatkan kelompok-kelompok tertentu. Manakala, sebahagian besar rakyat kebanyakan terus terhimpit dengan bebanan kewangan yang tidak berkesudahan.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host