Pages

Wednesday, December 21, 2011

Konsep Reinsurans

1.     Reinsurans adalah satu pendekatan pengurusan risiko oleh pihak syarikat insurans (insurer) dengan 
        membeli polisi insurans daripada syarikat insurans yang lain (reinsurer).

2.     Reinsurer dan insurer akan mengadakan perjanjian reinsurans, dimana reinsurer akan membayar 
        kerugian insurer. Kerugian insurer wujud dalam dua keadaan:

i)                 Kerugian yang melebihi
ii)                Kerugian yang meningkat

3.   Dalam hal ini, insurer akan membayar premium kepada reinsurer, dimana tujuan utama syarikat melakukan reinsurans adalah untuk memindahkan risiko (transfer of risk) kepada reinsurer, iaitu syarikat insurans yang lain.

4.   Terdapat dua pendekatan yang digunakan dalam reinsurans, iaitu:


i)          Reinsurans fakultatif iaitu iaitu reinsurans yang ditawarkan dan diterima mengikut kes. Pengaturannya merupakan pilihan (optional) yang mana kedua – dua syarikat insurans (insurer dan reinsurer) tidak semestinya menyertai.
ii)          Reinsurans triti iaitu reinsurans yang diperuntukkan di bawah perjanjian tertentu yang biasanya bersifat tahunan diantara kedua – dua syarikat insurans (insurer dan reinsurer). Ini bermakna, segala skop risiko yang termaktub dalam perjanjian tersebut secara automatik akan direinsuranskan.

5.   Boleh dikatakan, sebahagian besar syarikat - syarikat insurans melakukan reinsurans. Di Amerika Syarikat reinsurans dijadikan pendekatan pengurusan risiko dimana, syarikat insurans hanya dibenarkan menjual polisi insurans tidak melebihi 10% daripada nilai lebihan (net worth) tabungan mereka, sekiranya tidak ada reinsurans.

6.   Biasanya, pihak syarikat insurans akan menginsuranskan risiko mereka pada kadar premium yang lebih rendah berbanding kadar premium yang dikenakan kepada pelanggan.


7.   Berdasarkan sumber daripada Bank Negara Malaysia terdapat beberapa syarikat reinsurans di Malaysia iaitu:

i)                Hannover Rueckversicherung AG
ii)               Malaysian Life Reinsurance Group Berhad
iii)              Asia Capital Reinsurance Malaysia Sdn. Bhd.
iv)              Malaysian Reinsurance Berhad
v)               Munchener Ruckversicherungs-Gesellschaft
vi)              Swiss Reinsurance Company
vii)             Toa Reinsurance Company Ltd., The

8.   Syarikat reinsurans tidak berurusan dengan orang ramai, ia hanya berurusan dengan syarikat – syarikat insurans sahaja.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host