Pages

Monday, April 11, 2011

Bai Urbun

Al- urbun dari segi pengertian bahasanya ialah pinjaman dan pendahuluan. Secara teknikalnya, ia merujuk kepada bayaran wang pendahuluan oleh pembeli kepada penjual,  yang akan termasuk sebahagian daripada harga jual beli sekiranya pembeli meneruskan pembelian tersebut. Jika pembeli tidak meneruskan pembelian, maka wang pendahuluan tersebut tidak dikembalikan semula dan dikira sebagai hibah kepada penjual.

Fuqaha' berselisih pandangan dalam penetapan hukum bai urbun ini. Sebahagian daripada  mereka berpendapat ianya tidak dibolehkan kerana mengandungi elemen ketidakpastian, judi dan mengambil hak secara tidak sah.
Bagi Qal'ah, jual beli jenis al-urbun ini tidak sah kerana wujud ruang memberi sesuatu kepada penjual tanpa pulangan kepada pembeli.

Namun sesetengah para tabi'n seperti Mujahid, Ibn Sirin, Nafi' bin Harith, Zaid bin Aslam dan Mazhab Hanbali membolehkan transaksi ini. Ia berdasarkan pada satu transaksi yang telah dilakukan oleh Saidina Umar RA yang telah mewakilkan Nafi' untuk membeli rumah Safwan bin Umayyah dengan harga 4,000 dirham untuk dijadikan penjara. Dalam transaksi tersebut, Safwan mensyaratkan bayaran deposit  400 dirham yang akan menjadi miliknya, jika pembelian tersebut tidak diteruskan oleh pihak Umar. Dalam hal ini, Umar bersetuju dengan syarat tersebut.

Mengikut pandangan Wahbah al-Zuhayli, ianya dibolehkan berdasarkan 'urf' (kebiasaan/adat), kerana itu juga Hadith yang menyebut tentang 'urbun adalah sahih.

Ini diperkukuhkan lagi pandangan Qadhi Shuraih bahawa mana-mana pihak yang menyebabkan penangguhan (ta'attul) dan penantian (intizar) perlu membayar ganjaran sekiranya sesuatu transaksi ditamatkan.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host