Pages

Sunday, April 3, 2011

Kemelut $54 bilion Sanitasi India

Berdasarkan salah satu artikel pendek yang terpapar dalam majalah 'Bloomberg Markets' edisi March 2011 menyantuni masalah sanitasi di India. Satu masalah yang begitu besar yang dihadapi oleh hampir 203 juta isirumah di negara tersebut.

Masalah sanitasi telah menjadi antara penghalang kepada perkembangan ekonomi negara yang lebih mapan. Mengikut sumber, pihak kerajaan India terpaksa membelanjakan hampir $54 bilion (2.44 trillion rupee) setahun untuk mengurus permasalahan ini. Ianya juga melibatkan kesan negatif bawakan masalah sanitasi ini termasuklah penyakit dan penguncupan daya produktiviti. Jumlah ini merupakan 6.4% daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) India.

Mengunjurkan daripada satu kajian yang telah dibuat, India menanggung kos per individu yang lebih tinggi berhubung masalah kebersihan air iaitu sebanyak $48, berbanding dengan negara-negara Asia yang lain seperti Vietnam ($9.30), Filipina ($16.80), Indonesia ($28.60) dan Combadia ($32.40).

Jumlah $54 bilion adalah bersamaan lebih kurang RM172.8 bilion. Jika jumlah tersebut diagih-agihkan kepada keseluruhan rakyat negara kita, setiap orang akan dapat menikmati sebanyak RM664.60.

Menyedari pelbagai kesan buruk bawakan sanitasi yang tidak terurus, Islam cukup menitik-beratkan persoalan kebersihan secara keseluruhan, samada kebersihan diri dan juga alam sekitar. Sehingga  baginda Rasulullah SAW mengiktiraf bahawa kebersihan adalah antara ciri-ciri keimanan. 

Sebab itulah, peringkat yang paling asas sebelum sebahagian ibadah dilaksanakan, kita wajib memastikan anggota badan kita bebas daripada kotoran syar'i. Ini sebenarnya bertepatan dengan falsafah Islam itu sendiri yang merupakan satu agama yang lebih bersifat mendidik umatnya. 

Jika falsafah pendidikan kebersihan yang termuat dalam amalan ibadah yang kita laksanakan, dapat kita unjurkan dalam konteks kehidupan seharian kita, InsyaAllah akan terlahir umat yang utuh dalam pelbagai bidang. Ini kerana, pencapaian akal yang baik banyak dipengaruhi oleh kesihatan fizikal yang baik.

Justeru, marilah sama-sama kita menjadikan Islam sebagai satu gaya hidup, bukan hanya terbatas kepada ibadah ritual semata-mata. Walluhu'alam.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host