Pages

Saturday, December 18, 2010

Pemantauan elak kewangan Islam terjejas

Sektor kewangan Islam akan rosak dan terjejas jika kurangnya pemantauan dan penumpuan oleh pihak yang berkuasa terhadap elemen serta struktur perniagaan seperti mana berlaku terhadap sistem kewangan konvesional.

Dalam satu forum anjuran Pusat Pendidikan Antrabangsa Kewangan Islam (INCEIF), dengan barisan ahli panel yang terdiri daripada Badlisyah Abdul Ghani (Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank Bhd), Rafe Haneef (Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Amanah Malaysia), Mohamad Faiz Azmi (Rakan Kongsi Kanan PriceWaterHouseCooper) dan Daud Vicary Abdullah (Ketua Kewangan Islam Global, Deloitte Advisory Services Sdn Bhd) bersepakat dengan satu rumusan iaitu:
  • Masa depan kewangan Islam sangat cerah, tetapi kejayaannya tidak hanya bergantung kepada penghapusan riba tetapi juga nilai-nilai etika pengamalnya untuk tidak bertaruh dengan masa depan serta memanipulasi pasaran.
  • Sistem perbankan Islam, bagaimanapun, tidak kebal atau kalis krisis. Justeru undang-undang dan pengawasan amat diperlukan agar tidak disalah guna oleh pihak-pihak tertentu.
  • Sistem kewangan Islam adalah sistem yang menguntungkan sunggupun tidak berasaskan kepada pengamalan faedah.
  • Penyeragaman polisi dan piawaian wajar diperkukuhkan.
  • Pemikir syariah perlu berganding bahu untuk memastikan pemantauan agar setiap produk dan keluaran kewangan Islam makin diterimai ramai.
Nota: Ringkasan daripada petikan artikel Utusan Malaysia, 17 Disember 2010.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host