Pages

Saturday, December 18, 2010

Kewangan Islam Secara Umum

Sejak 40 tahun yang lalu, kewangan Islam mula sedikit demi sedikit menapak dalam transaksi kewangan global. Pada hari ini kita patut merasa bangga, dimana kewangan Islam bukan lagi dilihat semata-mata sebagai 'produk yang bersifat agama', malah dianggap sebagai 'produk alternatif' kepada produk kenvesional yang sedia ada. Sambutan yang cukup luar biasa diperingkat global telah menarik perhatian banyak pihak untuk lebih memahami aspek kewangan Islam ini.

Secara umum, kewangan Islam merujuk kepada perlaksanaan transaksi kewangan yang berasaskan elemen yang diperuntukkan dalam ajaran Islam yang bersumberkan al-Qur'an dan as-Sunnah Rasulullah (SAW). Antara elemen yang wajib dipatuhi dan dilaksanakan tanpa kompromi dalam setiap transaksi kewangan adalah seperti berikut:
  • Tidak melibatkan sebarang unsur riba ataupun yang menjurus ke arahnya.
  • Ruang lingkup ataupun kerangka transaksi kewangan yang dilaksanakan juga perlu bersandarkan kepada konsep ‘Tawhid’ terhadap Allah SWT.
  • Hasil transaksi kewangan yang terlaksana perlulah menjurus ke arah keadilan pada semua.
  • Seluruh ruang lingkup ataupun kerangka sebarang transaksi kewangan perlu menuju ke arah merealisasikan ‘maqasid al-shariah’ , iaitu tujuan kewujudan shariah Allah SWT kepada umat manusia. Antara tujuan besar penganugerahan shariah berhubungan dengan transaksi kewangan adalah seperti berikut sebagaimana yang ditegaskan oleh as-Syatibi:
    • Memenuhi perkara – perkara yang bersifat keperluan paling asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
    • Memenuhi perkara – perkara yang bersifat kehendak agar kehidupan menjadi lebih selesa seperti makanan, pakaian, tempat tinggal yang lebih baik serta perkara – perkara lain yang difikirkan dapat menambah baik keselesaan hidup. Asalkan masih dalam kerangka kesederhaan yang dianjurkan oleh Islam.
    • Memenuhi perkara – perkara yang bersifat mewah agar kehidupan menjadi lebih terbaik dalam redha dan syukur-Nya.  Tidak salah untuk memiliki barang – barang mewah seperti kereta dan rumah yang berharga ratusan ribu ringgit. Asalkan ia diperolehi dengan cara yang betul hasil kerja keras bukannya dengan berhutang. Begitu juga bukan atas dasar untuk kebanggaan dan ketakburan diri. Bahkan sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Illahi yang telah mengurniakan nikmat yang tak terhingga kepada kita. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim, ayat 34 yang mafhumnya:
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, pasti kamu tidak akan mampu menghitungnya”

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host