Pages

Friday, January 15, 2016

Tanda Aras Perniagaan - Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Tanda aras aktiviti perniagaan, Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, 27 Nov 2015.

Sumbangan daripada aktiviti-aktiviti tidak patuh Syariah kepada perolehan kumpulan dan keuntungan sebelum cukai kumpulan sesebuah syarikat akan dikira dan dibandingkan dengan tanda aras aktiviti perniagaan yang relevan seperti berikut:

(i) Tanda aras lima peratus

Tanda aras lima peratus ini diguna pakai bagi perniagaan/aktiviti berikut:

• perbankan konvensional;

• perjudian;

• arak dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;

• babi dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;

• makanan dan minuman tidak halal;

• hiburan tidak patuh Syariah;

• tembakau dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;

• pendapatan faedah2 daripada akaun dan instrumen konvensional (termasuk pendapatan faedah yang diterima berikutan daripada keputusan mahkamah atau penimbang tara dan dividen daripada pelaburan tidak patuh Syariah); dan

• aktiviti-aktiviti lain yang diputuskan sebagai tidak patuh Syariah.


Bagi perniagaan/aktiviti yang disenaraikan di atas, sumbangan daripada perniagaan/aktiviti tidak patuh Syariah kepada perolehan Kumpulan atau keuntungan sebelum cukai Kumpulan sesebuah syarikat mestilah kurang daripada lima peratus.

(ii) Tanda aras 20 peratus

Tanda aras 20 peratus ini diguna pakai bagi perniagaan/aktiviti berikut:

• operasi hotel dan rumah peranginan;

• jual beli saham;

• pembrokeran saham;

• sewaan daripada aktiviti-aktiviti tidak patuh Syariah; dan

• aktiviti-aktiviti lain yang diputuskan sebagai tidak patuh Syariah.

Bagi perniagaan/aktiviti yang disenaraikan di atas, sumbangan daripada perniagaan/aktiviti tidak patuh Syariah kepada perolehan Kumpulan atau keuntungan sebelum cukai Kumpulan sesebuah syarikat mestilah kurang daripada 20 peratus.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host