Pages

Friday, October 17, 2014

Perjuangan Masih Belum Selesai

Ilmu dan pengalaman yang seiring amat diperlukan untuk memikul amanah yang lebih besar dalam kepimpinan. Ini kerana, ilmu umpama sebilah pisau, jika ia tidak diasah dengan pengalaman yang bersungguh-sungguh secara istiqamah, lama-kelamaan ia akan tumpul. Inilah antara cabaran yang dihadapi oleh perbankan dan kewangan Islam hari ini. Di mana, institusi-institusi yang ada kebanyakannya hanyalah dijadikan batu loncatan untuk mendapat kedudukan dan habuan yang lebih tinggi.
Hakikatnya, kita masih kekurangan pakar-pakar yang benar-benar mampu membawa masa hadapan bidang ini secara 'stand-alone' tanpa lagi sedikitpun dibayangi dan dinaungi oleh perbankan dan kewangan konvesional.
Di Malaysia contohnya, walaupun sudah hampir mencecah 40 tahun usia, masih ada sesetengah bank Islam yang terpaksa menggunakan khidmat mereka yang bukan Islam untuk mengisi jawatan-jawatan kanan tertentu seperti bahagian kewangan, risiko dan produk. Sedangkan ianya antara nadi penting sesebuah institusi. Kita sepatutnya yang menjadi pencorak, bukannya yang dicorak sampai ke sudah.
Saya fikir, sudah tiba masanya institusi-institusi pengajian tinggi secara lebih fokus memperkenalkan bidang 'shariah banking & finance'. Agar, shariah officer yang berada di dalam bidang ini bukan setakat well-versed tentang shariah, malah juga keperluan-keperluan teknikal lain yang dilihat signifikan.
Doa dan impian saya agar satu hari kelak akan lahir pakar-pakar perbankan dan kewangan Islam yang mampu menterjemahkan konsep 'toyyibatun warabbun ghafur' daripada akar hinggalah ke ranting institusi. Ini satu jihad untuk kita semua. Bukan sekadar jihad politik kepartian yang perlu diusung dan dijunjung sepanjang masa.
Perjuangan kita masih belum selesai dan masih terlalu panjang untuk dilalui. Besar pahalanya jika ini dapat kita lakukan dengan penuh keikhlasan dan ianya akan berterusan sehinggalah ke dunia baru kita di alam barzakh.
Semoga Allah merahmati dan mempermudahkan urusan kita semua demi mendapatkan habuan yang lebih besar di sisi Allah SWT.-AHJ

Abdul Hadi Jusoh
Manama, Bahrain, 5.52pagi

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host