Pages

Tuesday, March 5, 2013

Ibrah Perbezaan Strategi & Pendekatan

Perbezaan strategi dan pendekatan bukanlah halangan untuk terus bersama dalam gerak kerja dakwah dan kenegaraan. Saya melihat satu ibrah yang boleh diteladani, yang berlaku sesudah perang badar kubra. Di mana Saidina Abu Bakar ra dan Saidina Umar al-khattab ra masing-masing berbeza pandangan dan strategi dalam menentukan kesudahan hukuman terhadap 70 orang tawanan tentera musyirin dalam peperangan tersebut.

Saidina Abu Bakar ra, berpandangan agar kepakaran mereka dalam ilmu peperangan dan persenjataan dimanafaatkan, dengan setiap tawanan mestilah mengajarkannya kepada 10 orang anak-anak muslimim di Madinah pada waktu itu. Yang akhirnya, akan menghasilkan 700 orang pakar peperangan dan persenjataan muslimin.

Manakala, Saidina Umar al-Khatab ra mencadangkan agar mereka dipancung kepala, akibat daripada kejahatan mereka yang memusuhi Islam.

Dengan panduan wahyu (Surah al-Anfal:67), Rasulullah saw telah mengambil kira pendangan yang kedua yang telah diusulkan oleh Saidina Umar ra.

Sungguhpun begitu, ia sedikitpun tidak menyebabkan berlakunya permusuhan dan salah faham antara mereka.

Ini kerana, niat dan hadaf mereka begitu jelas, bertindak semata-mata kerana ALLAH SWT. Bukannya atas dasar kepentingan diri yang terselindung di sebalik label mencari mardhatillah.

Justeru, ibrahnya dalam Tragedi Lahad Datu ini, ke semua pihak perlulah meletakkan keutamaan Islam dan keselamatan negara sebagai top priority dalam apa jua tindakan yang bakal diambil.

Tolak ketepilah soal perbedaan bacaan dan fahaman politik yang bersifat permusuhan sehingga melemahkan benteng pertahanan Islam, umat dan negara.

Percayalah, musuh-musuh Islam tidak akan pernah leka untuk mencari helah dan tipu daya untuk menghancurkan Islam, walau dengan apa cara sekalipun. Apatah lagi, apabila kita berada dalam keadaan lemah dan tidak berdaya.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host