Pages

Saturday, April 30, 2011

Rukun Asas Bai'

Secara sepakatnya fuqaha' mendefinisikan bai' sebagai tukaran harta dengan harta atau manfaat yang dibenarkan oleh Syara' dan mempunyai hak milik yang sah.

Tujuan utama pensyariatan bai' dalam Islam adalah untuk memastikan pemindahmilikan barang dan manfaat daripada seorang individu kepada individu yang baik, tidak berlaku dengan cara yang batil. Ini disebut oleh ALLAH SWT dalam satu ayat (ke-29) dalam Surah an-Nisa' yang bermaksud:

"Whai orang-orang yang beriman, jangan kamu makan harta dikalangan kamu dengan cara yang batil, melainkan dengan jual beli yang berlaku dengan keredhaan masing-masing"

ALLAH SWT mengiktiraf jual beli sebagaimana mekanisma penting dalam aliran ekonomi, bukannya riba atau faedah dalam terminologi moden pada hari ini. Firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 275 yang bermaksud:

"Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan. Yang demikian mereka mengatakan bahawa jual beli adalah sama dengan riba. Padahal, ALLAH menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba"

Bai' adalah satu anugerah kepada hamba-Nya dalam mencari kurniaan ALLAH SWT yang ada dimana-mana di seluruh penjuru alam. Ia adalah satu tuntutan unuk kita meraih sebanyak mungkin habuan-Nya. Namun, perlulah mengikut cara yang sah di sisi Syarak. Firman ALLAH SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 198 yang bermaksud:

"Bukanlah satu dosa bagi kamu mencari kurniaan Tuhanmu"

Terdapat juga Hadith yang menghubungkan pensyariatan bai' ini, iaitu sebagaimana satu satu Hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, yang mana Rasulullah SAW bersabda:

"Dua orang yang melakukan jual beli boleh memilih selagi mana belum berpisah"

Secara asasnya, terdapat 3 rukun bai' sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab al-Majmu', iaitu:
  • Dua pihak yang melakukan transaksi, iaitu penjual dan pembeli. Kedua-dua pihak ini perlulah seorang mencapai umur baligh, berakal (setidak-tidaknya dapat membezakan antara yang baik dan buruk), kefahaman (terhadap apa yang diucapkan atau didengari) dan tidak ada larangan lain yang menghalang seperti bankrap dan sebagainya.
  • Barang yang ingin dijual (ma'qud 'alaih)
  • Sighah (lafaz)

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host