Pages

Monday, April 11, 2011

Jual Beli Ketika Azan Jumaat

Asasnya, ulama' bersepakat transaksi jual beli yang berlaku ketika azan jumaat berkumandang adalah haram. Ini berdasarkan firman ALLAH SWT dalam Surah al-Jumu'ah, ayat ke-9 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu mengingati ALLAH dan tinggalkan jual beli. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahuinya'' 

Persoalan yang timbul, ketika  azan yang mana yang diharamkan, samada azan yang pertama ataupun azan yang kedua? Mengikut pendapat majoriti ulama', ia merujuk kepada azan yang kedua. Ini kerana pada zaman Rasulullah SAW, hanya sekali sahaja azan dikumandangkan, iaitu ketika menjelang khutbah. Justeru, pada saat inilah jual beli diharamkan.

Walaubagaimanapun, ianya tertakluk kepada syarat-syarat tertentu seperti berikut:

  • Mereka yang terlibat dalam jual beli ketika azan berkumandang adalah termasuk dalam golongan yang diwajibkan solat Jumaat. Jika hanya salah seorang daripada mereka wajib solat Jumaat, maka ulama' berselisih pandangan dalam hal ini. Namun, majoriti ulama' mengatakan kedua-duannya dianggap berdosa. Persoalannya, apakah transaksi yang terlaksana sah ataupun tidak? Bagi mazhab Maliki, jelasnya iainya tidak sah. Sementara itu, bagi Mazhab Hanbali, ia hanya tidak sah dipihak yang wajib solat Jumaat, dan makruh terhadap pihak yang tidak diwajibkan.
  • Mereka yang terlibat dengan transaksi jual beli tersebut sedia maklum bahawa wujud pengharaman atau larangan jual beli ketika azan Jumaat berkumandang.
  • Tidak wujud keadaan darurat, seperti mereka yang kelaparan ingin membeli makanan
  • Transasksi jual beli berlaku ketika mulanya berkemundang azan kedua, iaitu menjelang khutbah.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host