Assalamualakium wrt wbt.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat-Nya yang tidak terhingga, kerana memberikan sedikit ruang dan kesempatan untuk terus mencoret sesuatu di blog ini bagi memugarkan 'agenda ekonomi dakwah' kepada diri dan umat.
Dua tiga minggu kebelakangan ini saya agar sedikit 'sepi', sibuk dengan pelbagai komitmen peribadi yang harus disempurnakan terlebih dahulu.
Tanggal 25 November 2010 lalu, saya menerima kelahiran putera ketiga, Ajmal Hasif. Satu ujian yang cukup yang cukup getir buat isteri tersayang, terpaksa 'bertarung nyawa' selama hampir 11 jam, demi melahirkan seorang 'zuriat' yang bakal meneruskan misi besar dakwah baginda Rasulullah (SAW).
Namun, atas berkat doa dan sokongan yang tidak putus-putus drpd keluarga dan rakan-rakan, semuanya dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin sekirar jam 8.11 pagi.
Situasi ini juga adalah satu ujian yang cukup getir buat saya, dalam keadaan kesibukan mebuat persediaan 'final eaxm', yang juga pada saya begitu penting khususnya dalam melengkapkan 'perjuangan & pertarungan ilmu' ke arah memartabatkan kewangan Islam sebagai alternatif terbaik pada umat. InsyaAllah...
Apabila menyebut tentang 'perjuangan & pertarungan ilmu' ini, tak kira apa jua bidang selagi mana ilmu itu bermanafaat kepada diri, agama, dan umat samada secara langsung atau tidak. Ia tetap akan mendapat 'habuan & ganjaran' daripada Allah SWT. Tambahan lagi, jika ia bersandarkan niat yang ikhlas kerana-Nya, Dia akan menganugerahkan 'tingkatan ibadah yang paling tinggi' khususnya kepada mereka yang mendalami ilmu Syariat.
Abu Darda' (RA) pernah mendengar baginda Rasulullah (SAW) membicarakan tentang kelebihan mereka yang begitu teruja mendalami ilmu. Sabda baginda Rasulullah (SAW) yang mafhumnya:
"Tidak ada seorang hamba yang keluar mencari ilmu kecuali para malaikat meletakkan sayap-sayapnya untuknya, dan dia menempuh jalan menuju ke syurga. Orang yang berilmu dipohon keampunan oleh semua makhluk yang ada di langgit dan di bumi termasuklah ikan paus di lautan. Keutamaan orang yang berilmu dibandingkan dengan orang yang suka beribadah bagaikan keutamaan bulan pada malam purnama dibanding dengan seluruh bintang. Ulama adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu..."
Ilmu adalah warisan yang cukup bernilai buat anak-anak kita. Jika harta yang diwarisi tanpa bertatahkan warisan ilmu, ia tidak akan berkekalan. Harta yang dimiliki pasti akan kehabisan, walau sebanyak manapun yang diwarisi.
Ilmu yang bermanafaat akan terus menyubur dalam kehidupan kita. Ia bukan setakat menjadi 'sumber rezeki' kita di dunia, malah akan menjadi 'sumber pahala' ketika di Akhirat kelak.
Senjata kehidupan Akhirat adalah pahala yang kita kumpulkan selama hidup di dunia ini. Kehidupan akhirat tanpa pahala, ibarat kita memasuki hutan yang penuh dengan binatang buas tanpa sebarang senjata! Cuba renungkan, bagaimana keadaan kita ketika itu, apabila kita dikelilingi oleh binatang-binatang buas seperti harimau, singa, seringala dan sebaagainya yang hanya menanti saat dan ketika untuk membaham kita, sedangkan pada tangan kita 'kosong' tidak punyai apa-apa. Hanya berbekalkan kehebatan diri yang sudah menjadi lipatan sejarah.
Mencari ilmu tidak ada titik noktahnya. Bukan bermakna kita sudah memiliki PHD, kita boleh menitik noktahkan langkah kaki kita untuk mencari ilmu. Ia perlu diteruskan sampai bila-bila, hinggalah ke hujung nyawa. Baginda Rasulullah (SAW) ada menegaskan bahawa agenda ilmu bermula daripada 'alam buaian' ke 'alam liang lahad'. Ini satu gambaran bahawa mencari ilmu adalah agenda sepanjang hayat. Bukan agenda tahunan atau yang bermusim sifatnya.
Doa saya, agar kita tidak akan pernah berhenti untuk mencari dan mendalami ilmu. Carilah, dalamilah berdasarkan kemampuan serta keupayaan masing-masing. Tidak bermakna kita perlu hadir ke kelas-kelas formal dengan anugerah sijil-sijil tertentu. Setidak-tidaknya, belajarlah daripada kehidupan kita sendiri...
InsyaAllah, moga kita bertemu lagi.
Thursday, December 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment